GARA-GARA fitnah, seorang pegawai bomba bukan sahaja terpaksa menanggung malu, tetapi
Menurut mangsa, Affan Mustaqim, dia telah dikuarantin di balai selama
dua hari dan perlu memberi penjelasan kepada majikannya mengenai kes
tersebut.
“Oleh kerana kes fitnah itu, saya kena buang tender
contract setahun sebagai photographer, videographer dan modelling. Esok
kena menghadap Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk
memberi keterangan kepada pengarah JBPM Pulau Pinang.
“Selain itu
perlu dikuarantin di balai selama dua hari kerana tidak dibenarkan
keluar daripada kawasan bertugas dan tidak membenarkan menghubungi
sesiapa melainkan majikan.
“Oleh kerana Diana telah memfitnah saya
menggunakan gambar saya dan membuat akaun palsu untuk mencemarkan
maruah dan nama saya sehingga melibatkan kes polis, sekarang saya
terpaksa menjalankan proses untuk saman fitnah,” katanya yang turut
menawarkan ganjaran RM150 bagi mana-mana individu yang dapat mencari
wanita berkenaan.
Dalam video penjelasan yang disiarkan secara
live di Facebook semalam, Affan menjelaskan bahawa dia telah difitnah
wanita berkenaan yang kononnya mahu menguji kesetiaan suaminya.
“Berkenaan
dengan kes saya didakwa mengganggu rumah tangga orang, iaitu Najib dan
isterinya, Diana. Semalam 20 Jan jam 7 pagi saya berada di Manjong, ada
tugas untuk buat video dan foto birthday party.
“Jam 9 pagi saya
mendapat panggilan dari balai saya mengatakan ada dua orang lelaki yang
mencari saya dan mendakwa saya mengacau isteri orang. Saya terus
tinggalkan kerja saya dan cari orang yang boleh menggantikan kerja saya
dan saya terus pulang ke balai.
“Kes ini kes berat kerana ia
melibatkan isteri orang dan kes polis. Kes ini berkaitan dengan WeChat.
Ada individu menggunakan gambar saya untuk buat akaun palsu. Kes ini
sudah kali keempat berlaku di mana gambar saya disalahgunakan.
“Kes
pertama hingga ketiga diselesaikan begitu sahaja kerana mereka tahu itu
adalah akaun palsu. Dalam kes keempat, suami kepada Diana membuat
laporan polis pada 20 Januari (Sabtu).
“Saya minta nombor telefon
dari majikan saya, tetapi tidak diberi sebab dia kata jangan ikut emosi.
Mana mungkin tak ikut emosi? Kes ini melibatkan nama saya. Saya tak
buat tapi nama saya kena jual.
“Majikan suruh saya bertenang dan
akan tetapkan masa untuk kami berjumpa. Hari ini (Ahad) kami sepatutnya
berjumpa tetapi nama dan gambar profil akaun palsu itu bertukar menjadi
Zainab.
“Dan laporan polis kedua dibuat oleh lelaki itu yang
menarik balik laporan polis terdahulu dengan rela hati kerana kes sudah
diselesaikan dengan cara baik.
“Yang buat akaun palsu ini sebenarnya adalah isteri lelaki itu sendiri. Alasannya dia mahu menguji kesetiaan suami pada dirinya.
“Kepala
***** awak Diana! Awak boleh buat cara lain lagi nak uji kesetiaan
suami awak. Awak jual nama saya. Saya suruh awak datang tapi tak datang.
Saya nak saman awak pun tapi kasihan tengok muka suami awak.
“Saya
harap perkara ini menjadi pengajaran kepada semua orang dan jangan guna
gambar orang lain untuk buat akaun palsu,” katanya.

Post a Comment