Kereta Milik Pegawai kastam Hangus Terbakar
Pada jam 3.30 pagi tadi, Kebakaran melibatkan empat buah kereta di
rumah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah
berlaku. Lokasi kejadian di Presint 11 Putrajaya.
Punca kejadian
masih dalam siasatan, tetapi kebakaran berkemungkinan berpuca dari
perbuatan khianat kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya,
Md Hilman Abd Rashid.
“Kami menerima laporan jam 3.50 pagi tadi
dan sebuah jentera bomba dengan lapan anggota sudah berada di tempat
kejadian pada jam 4.07 pagi dan mendapati dua kenderaan yang diletakkan
di bahagian luar hangus terbakar manakala dua lagi terbakar di bahagian
hadapan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Dalam
kejadian, mangsa berjaya keluar melalui pintu belakang rumah. Pada
mulanya, mangsa Nor Azman Mat Jini, 59, isteri, Noor Hayati Khairuddin,
57, anak dan menantu serta dua cucu tidur di tingkat atas dan bawah
rumah berkenaan, kata Md Hilman.
Kebakaran dipercayai bermula dari
sebuah kereta di hadapan rumah pegawai kastam tersebut dan seterusnya
merebak ke tiga kereta yang lain.
Mercedes Benz, Perodua MyVi, Honda CRV dan Proton Saga merupakan empat buah kereta yang terlibat dalam kebakaran tersebut.
"Siasatan
masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian dan anggaran kerugian.
Unit forensik dan dua anjing pengesan turut dihantar ke tempat kejadian
untuk melakukan siasatan lanjut.
"Sekarang
kita tidak boleh mengesahkan sama ada kejadian itu mempunyai unsur
sabotaj atau sebaliknya, sebelum siasatan selesai," katanya.
Md
Hilman memberitahu segala bahan bukti di tempat kejadian telah di kumpul
dan dihantar ke makmal. Ujian akan dilakukan dan keputusan di anggarkan
diketahui dalam minggu ini.
Sumber berita: BH Online

Post a Comment