Sanggup gigit tangan polis
ANGGOTA polis cedera di tangan kanan selepas digigit seorang wanita di sebuah stesen minyak di Kampung Raja, Besut, semalam.
Kejadian
dilaporkan berlaku pada 5 petang ketika mangsa bersama rakan
menjalankan operasi untuk menahan seorang lelaki yang dipercayai
terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Wanita berusia 22
tahun itu bertindak sedemikian bagi menghalang polis yang mahu menangkap
abangnya berusia 29 tahun kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
Ketua
Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek
sebelum itu meloloskan diri dalam serbuan di belakang rumah di Felda
Selasih dan polis berjaya mengesannya bersama empat ahli keluarga
termasuk ibunya berusia 53 tahun di dalam Honda Civic di stesen minyak
berkenaan.
Beliau berkata, empat wanita terbabit memaki hamun
polis dengan kata-kata kesat sebelum adik suspek bertindak menggigit
tangan kanan anggota polis.
"Anggota polis mendapat rawatan di
Hospital Besut manakala suspek bersama empat ahli keluarganya ditahan
untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana
menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas, " katanya.
Mohd
Zamri berkata, sebelum itu, kira-kira 1 tengah hari, sepasukan pegawai
dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik melakukan serbuan di
belakang rumah di Felda Selasih serta menahan lelaki berusia 34 tahun
manakala seorang lagi melarikan diri.
"Polis merampas sebanyak 270
biji pil kuda di dalam beg pinggang suspek manakala pemeriksaan di meja
kecil di belakang rumah menemui tujuh botol plastik lut sinar berisi
dadah jenis heroin.
"Kita turut menemui satu beg mengandungi kad
pengenalan dan lesen memandu suspek yang melarikan diri sebelum berjaya
mengesannya di stesen minyak berkenaan.
"Selain itu, kita turut menyita tiga kereta dan dua motosikal milik kedua-dua suspek.
"Dua suspek direman mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A (1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Post a Comment