Selamba curi depan CCTV
POLIS sedang memburu lelaki yang dirakam mencuri dompet pelanggan kedai serbaneka 24 jam di Taman Molek, Johor, semalam.
Ketua
Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata,
tindakan memburu suspek itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup
(CCTV) di dalam premis itu.
Beliau berkata, mangsa tertinggal dompet miliknya selepas membuat bayaran di kaunter pembayaran pada 9.50 malam.
"Pengadu yang sedar ketiadaan dompet bersamanya pada 11.30 malam pergi ke premis terbabit untuk mencari semula dompetnya.
"Hasil
penelitian rakaman CCTV didapati seorang lelaki sudah mengambil dompet
milik pengadu di kaunter pembayaran dan keluar dari premis itu selepas
membuat pembelian," katanya.
Beliau berkata, siasatan polis mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
"Jika
sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh
sampai 10 tahun, dan boleh juga dikenakan denda," katanya.
Sehubungan
kejadian ini pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mengenali
suspek ini supaya dapat tampil membantu siasatan polis atau menyalurkan
maklumat berkenaan ke mana-mana Balai Polis berhampiran.
"Mereka
juga boleh melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999
atau melalui Hotline Polis IPD Seri Alam di talian 07-3864222," katanya.
Sementara
itu kejadian membabitkan kecurian di kedai 24 jam berkenaan tular hari
ini termasuk laporan polis dan rakaman CCTV mengenai kejadian itu.
Rakaman
pendek itu memperlihatkan wajah lelaki itu yang botak berjalan
berdekatan CCTV terbabit dengan berseluar pendek serta berbaju biru.
Dia dengan mencekak pinggang kemudian pergi ke arah dompet terbabit sebelum memgambilnya dan berlalu pergi.

Post a Comment